Kepentingan Radikal Bebas dan Antioksidan
Radikal bebas akan sentiasa dihasilkan apabila proses metabolisme itu berlaku.
Tanpa antioksidan, radikal-radikal bebas ini akan merosakkan sel badan dengan sangat pantas dan seterusnya menyebabkan sel tubuh kita 'menua' dan rosak dengan kadar yang lebih cepat.
Walaupun begitu, perlu diingatkan radikal bebas ini sangat penting. Contohnya, sistem pertahanan manusia menggunakan radikal bebas untuk membunuh bakteria yang cuba untuk menjangkiti tubuh kita.
Dengan segala macam aktiviti di dalam badan kita, pastinya kita perlu memastikan keseimbangan dalam badan: bilangan radikal bebas yang betul dan kandungan antioksidan yang betul.
Bila keseimbangan ini terganggu, perkara yang tak diingini boleh berlaku.
Semasa tekanan oksidatif, molekul-molekul penting dalam badan boleh menjadi sangat rosak sehingga menyebabkan kematian sel.
Perkara berikut menyumbang ke arah penghasilan radikal bebas yang melampau dan tekanan oksidatif
a) Pencemaran udara
b) asap rokok
3) pengambilan alkohol
4) toksin
5) kandungan gula yang tinggi dalam darah
6) pengambilan asid lemak tak tepu yang banyak
7) radiasi termasuk berjemur di bawah matahari
8) jangkitan bakteria fungi atau virus
9) pengambilan zat besi, magnesium, copper atau zink yang berlebihan
10)oksigen yang rendah dalam badan
11)oksigen yang terlalu tinggu dalam badan
12)senaman yang keterlaluan dan panjang, sehingga menyebabkan kerosakan tisu badan
13)Berlebihan dalam pengambilan vitamin C dan E
14)kekurangan antioksidan dalam badan.
Kesimpulannya, tubuh kita memerlukan suatu keseimbangan antara radikal bebas dengan antioksidan. Apabila keseimbangan ini diganggu, ia membawa kepada tekanan oksidatif yang akan menyebabkan pelbagai kesan yang negatif.
Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/antioxidants-explained#section3



Comments
Post a Comment